Shahrom Kalam Rungkai Rahsia Musim Cemerlang JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Gergasi bolasepak tanah air, JDT telah meletakkan satu penanda aras yang cukup tinggi, dan hampir pasti tidak mungkin dapat diulangi oleh mana-mana pasukan lain dalam kancah liga domestik.

Mereka mengharungi 35 perlawanan tanpa tewas dalam laluan untuk melakar sejarah hebat, bermula dengan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah, dan selepas itu memenangi tiga trofi utama Liga Malaysia – Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Ini adalah kali pertama skuad harimau selatan merangkul empat trofi (quadruple) semusim sejak dijenamakan semula pada 2013.

Advertisements

Apa rahsia atau intipati penting yang mendorong kejayaan mereka itu, ini pendapat bekas pemain kebangsaan yang kini aktif sebagai pengulas sukan, Shahrom Kalam.

“Satu-satu pasukan yang mahu berjaya, mereka tidak boleh mengekalkan corak permainan yang sama atau ‘stereotype’ dalam tiap perlawanan kerana lawan sudah boleh membaca.

“Apa yang menyebabkan JDT mampu melakar rekod sempurna musim ini adalah semasa mereka menukar jurulatih dan kehadiran jurulatih baharu (Hector Bidoglio) yang berjaya menukar sistem cara bermain pasukan.

Advertisements

“Itu membuatkan pasukan-pasukan lain sukar membuat analisis yang tepat terhadap JDT serta membuatkan mereka dapat merangkul kejuaraan lebih mudah musim ini.

“Sebelum ini, mereka bergelut dan ini menjadi punca tewas di aksi final Piala Malaysia musim lalu namun kali ini JDT lebih sempurna kerana Hector membawa variasi serta melakukan pertukaran dalam sesuatu perlawanan.

“Selain itu, persiapan JDT juga tampak mantap musim ini kerana dari akar umbi hingga ke pasukan Liga Super, terdapat satu kesinambungan yang cukup baik,” katanya.

Advertisements

Sebagai rekod, musim ini adalah kali kesembilan berturut-turut JDT merangkul trofi Liga Super; mereka menjulang Piala FA dengan menewaskan Terengganu FC dan melengkapkan musim dengan mengatasi Selangor bagi menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram