Shahrom Kalam Sifatkan Nafuzi Zain Jurulatih Terbaik Liga Super
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam menyifatkan ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain sebagai jurulatih yang terbaik Liga Super.

Di bahagian serangan Shahrom melihat Bergson antara pemain yang boleh dikatakan pemain import terbaik Liga Malaysia kerana jumlah jaringan yang banyak diciptanya telah menunjukkan beliau ada pakej sempurna sebagai penyudah yang berbisa.

Arif Aiman (JDT) dan Faisal Halim (Terengganu FC) turut dipilih oleh Shahrom untuk berada dalam kesebelasan terbaik sepanjang musim di bahagian serangan bersama Bergson.

Advertisements

“Jumlah jaringan sebanyak 29 itu membuktikan betapa tajamnya dia selaku penyerang malah dia ada pakej lengkap dalam melakukan tindakan penyudah,” ujarnya kepada MFL.

Nafuzi Zain merupakan jurulatih tempatan yang mempunyai rekod terbaik sepanjang mengendali Terengganu FC. Antaranya, telah membawa Terengganu ke final Piala FA, Liga Super dan AFC Cup 2023 slot terjamin.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah mencatatkan 9 perlawanan tanpa kalah dan 39 gol kedua tertinggi di dalam saingan Liga Super 2022.

Advertisements

Dalam pada itu, ada ura-ura menyatakan bahawa Nafuzi Zain bakal menjadi pengendali baharu Kedah Darul Aman FC pada musim depan selepas beberapa pasukan dikaitkan dengan jurulatih itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram