Shahrul Saad Langsung Tak Gerun Dengan Mana-Mana Pasukan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Shahrul Mohd Saad menganggap pasukan Harimau Malaya memiliki peluang yang besar untuk mencatatkan keputusan cemerlang pada kempen Kelayakan Piala Asia 2023 kelak.

Hal ini bertitik tolak kepada persediaan rapi skuad kendalian Kim Pan-gon di kem latihan pusat serta aksi persahabatan yang bakal menjadi medan terbaik untuk menguji skuad kali ini.

Menurut pemain yang mesra disapa Badak ini, persiapan yang direncanakan pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon akan membantu para pemain untuk lebih bersedia sebelum beraksi di pentas sebenar.

Advertisements

“Saya anggap peluang untuk kita meraih keputusan positif pada kelayakan Piala Asia nanti agak cerah kerana kali ini kita telah dikumpulkan dalam kem latihan pusat lebih awal.”

“Malah, pasukan juga telah mengatur dua aksi persahabatan yang membolehkan barisan pemain lebih bersedia sebelum mengharungi perlawanan peringkat kumpulan nanti.”

Sementara itu, pertahanan kental JDT ini turut melaungkan semangat yang jitu kepada rakan sepasukan untuk terus bersemangat dan usah gentar terhadap mana-mana pasukan. Menurut Shahrul, Malaysia perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan beraksi di laman sendiri.

Advertisements

“Justeru, saya percaya kita tidak perlu gerun dengan mana-mana pasukan selain berusaha untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri kerana mereka mungkin tidak biasa dengan faktor cuaca di negara kita,” katanya ketika ditemui Kosmo di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Malaysia bakal melayan kunjungan pasukan Brunei dan Hong Kong bagi aksi persahabatan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum beraksi di saingan Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram