Impak Shahrul Saad Ditagih Perkemas Benteng Pertahanan Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Shahrul Saad dijangka bakal kembali dalam kesebelasan utama pasukan menjelang pertemuan dengan Hong Kong hari ini.

Pemain berusia 28 tahun itu direhatkan pada aksi menentang Brunei tempoh hari sekaligus menyaksikan peranannya digalas oleh pemain lain yang mendapat kepercayaan Kim Pan-gon.

Beliau kini cemerlang mengemudi jentera pertahanan Harimau Selatan selain menjadi watak utama selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Advertisements

Benjamin Mora nyata teruja dengan persembahan bekas pertahanan Perak FC ini selepas beliau turut beraksi hampir kesemua perlawanan dalam pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) tempoh hari.

Shahrul juga berjaya mengekang asakan bertali arus daripada pasukan gergasi Asia seperti Kawasaki Frontale dan juga Ulsan Hyundai sekaligus membantu JDT layak ke pusingan berikutnya.

Kini, Shahrul dijangka mampu untuk menambat hati jurulatih kelahiran Korea Selatan itu untuk mengekang cabaran Hong Kong dalam usaha untuk menyuntik moral terbaik ke dalam pasukan.

Advertisements

Gandingannya bersama Khuzaimi Piee dalam perlawanan persahabatan tempoh hari juga mendapat pujian ramai pihak sekaligus menguatkan lagi harapan untuk melihatnya diturunkan pada malam ini.

Ini merupakan persiapan terakhir pasukan sebelum menghadapi Kelayakan Piala Asia Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram