Shazli Shaik Dilantik CEO Baharu MFL
MakanBola
MFL

Mohd Shazli Shaik Mohd sah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Malaysian Football League (MFL).

Pelantikan beliau diumumkan MFL dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum ini, Shazli menggalas tugas sebagai pemangku CEO sejak Mac 2025.

Beliau memiliki pengalaman luas dalam pengurusan bola sepak terutama dari segi kelancaran operasi pertandingan dan sekretariat MFL sejak dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL pada 2018.

Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan percaya pelantikan Shazli mampu memperkasakan badan itu selaras dengan hala tuju strategik Liga Malaysia (Liga M).

“Pengalaman dan komitmen yang ditunjukkan oleh En. Mohd Shazli sepanjang bersama MFL, khususnya ketika memangku jawatan CEO, memberi keyakinan kepada pihak Ahli Lembaga Pengarah MFL bahawa beliau adalah individu yang tepat untuk menerajui organisasi ini.

“Semoga pelantikan ini akan menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan baharu ini akan memperkukuh tadbir urus Liga Malaysia yang kini sudah memasuki pertengahan musim 2025-2026,” katanya.

Sebelum menyertai MFL, Shazli pernah memimpin Unit Pertandingan FAM dari 2013 hingga 2014. Beliau juga pernah mengetuai Unit Bola Sepak NFDP MSN dari 2010 hingga 2012.

Claim Money Packet TnG