Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL) kini disandang oleh pemangku, Mohd Shazli Shaik Mohd.
Pengumuman ini dibuat menerusi satu kenyataan media oleh MFL pada Isnin yang memaklumkan Mohd Shazli Shaik Mohd kini memegang jawatan penting badan penganjur liga itu
Sebelum ini, Shazli telah berperanan selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL sejak tahun 2018 dan telah banyak menyumbang idea bagi memastikan kelancaran perjalanan liga Malaysia.
“Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL berkuatkuasa pada 3 Mac 2025.”
Mohd Shazli jelas memiliki pengalaman luas dalam bidang pengurusan bola sepak sebagai COO MFL bermula pada 2018 khususnya dalam membantu kelancaran operasi pertandingan dan sekretariat MFL.
Untuk rekod, Shazli bakal mengambil alih peranan yang ditinggalkan oleh Giorgio Rossi yang mengumumkan peletakkan jawatan pada 20 Februari yang lalu.