Shin Tae-yong Bengang Disuruh Letak Jawatan, Sembur Balik Netizen Indonesia
Dunia
antara foto/zabur karuru
Advertisements

Ketua Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong tidak mahu mengambil peduli tentang apa yang berlaku ketika ini dimana terdapat beberapa netizen Indonesia yang mendesak beliau untuk meletak jawatan.

Hal ini bangkit susulan kegagalan skuad muda Timnas Indonesia untuk membawa pulang pingat emas di Sukan Sea 2021 selepas tewas kepada pasukan Thailand.

Dalam pada itu, jurulatih Korea Selatan itu berpendapat bahawa adalah lebih baik netizen mendesak PSSI untuk mempertingkatkan pusat latihan Timnas Indonesia.

Advertisements

“Saya tidak goyah dengan kata-kata netizen. Saya di sini untuk memajukan bola sepak Indonesia. Lebih baik netizen bercakap mengenai pusat latihan.

Memetik laporan daripada Goal Indonesia, beliau mahu netizen Indonesia melakukan perbincangan pelan jangka masa panjang bersama PSSI demi kebaikan pembangunan bola sepak Indonesia.

Jelas Shin Tae-yong, pusat latihan yang berkualiti bakal memberi impak positif dan mampu melahirkan lebih ramai pemain berkualiti di masa hadapan.

Advertisements

 “Jadi mungkin netizen boleh berbincang dengan PSSI tentang pusat latihan. Kita mesti berbincang bersama untuk mewujudkan pusat latihan.

“Dengan pusat latihan itu, kita boleh membangunkan sistem bola sepak awal kanak-kanak. Barulah Indonesia maju dan masa depan bola sepak Indonesia dapat menjadi lebih cerah,” kata Jurulatih Korea Selatan kepada Goal Indonesia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram