Shin Tae-yong Bengang Pemain Indonesia Diketepikan
Dunia
IG: Shintaeyong7777
Advertisements

Jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong akui kecewa kerana penyerang lokal Indonesia sentiasa diketepikan dalam kesebelasan utama kelab di Liga 1, Indonesia.

Beliau berpendapat kelab-kelab di Liga 1, Indonesia harus memberi peluang kepada penyerang tempatan untuk mendapatkan minit permainan yang secukupnya

“Untuk masa depan, Liga 1 mesti menghasilkan penyerang yang bagus supaya pasukan kebangsaan Indonesia mempunyai ramai penyerang yang boleh menjaringkan gol.

Advertisements

“Saya kesal kerana pemain yang saya pilih dan bermain dalam pasukan kebangsaan Indonesia tidak pun menjadi pemain utama kelab itu,” kata Shin Tae Yong dalam video di Youtube Sports 77 dipetik daripada Galeri SepakBola Nasional.

Tambah Shin Tae-yong, beliau sedar lambakan pemain import menyebabkan pemain lokal khususnya di posisi penyerang tidak mendapat peluang untuk mempamerkan sentuhan mereka.

Shin Tae-yong dalam pada itu berharap agar budaya seperti ini harus dihapuskan agar tidak memberi kesan besar kepada Timnas Indonesia.

Advertisements

“Tidak sepatutnya ada budaya seperti itu. Ia mesti dibuang supaya penyerang tempatan nanti boleh bersaing supaya nanti dengan pemain asing.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram