Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae Yong mahu para penyokong Indonesia tidak mengulangi insiden membakar flare di dalam stadium.
Beliau menjelaskan bahawa pesta yang diraikan para penyokong itu sebenarnya telah menggangu fokus para pemain ketika beraksi di dalam padang.
“Pertamanya saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir memberikan sokongan. Tetapi acara pada minit-minit akhir itu sebenarnya telah menggangu konsentrasi para pemain. Saya memohon agar penyokong tidak mengulanginya lagi.” ujar Shin Tae-yong selepas perlawanan.
Dalam pada itu, Shin Tae-Yong masih mengharapkan para penyokong Indonesia terus membanjiri stadium dan memberikan sepenuh sokongan buat para pemain timnas Indonesia.
“Saya mohon para penyokong dapat mengubah budaya ini sedikit demi sedikit dan teruslah semangat memberikan sokongan pada kami.”
Pasukan B-19 tahun Indonesia sekadar meraih keputusan seri dalam perlawanan pertama saingan Piala AFF B-19 pada semalam.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga menyaksikan Indonesia dan Vietnam menamatkan aksi dengan keputusan 0-0.