Shin Tae-yong Perkenalkan Latihan Ala Askar, Fokus Tingkatkan Tahap Fizikal Pemain
Asia
Sports 247
Advertisements

Pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong yakin prestasi pemain bawah 19 tahun Indonesia akan terus meningkat setelah berkampung hampir sebulan di Korea Selatan.

Menurut Shin Tae-yong, pemainnya pastu akan menimba ilmu ketika menentang pasukan-pasukan yang kuat. Shin Tae-yong meramalkan pada peringkat awal, para pemain akan menganggap penerapan latihan dan perlawanan disana adalah sukar namun itu merupakan proses pembelajaran.

“Pada peringkat awal, memang latihan sebegitu susah namun jika mereka konsisten dan berjaya hadap, pengetahuan mereka akan bertambah.”

Advertisements

Jurulatih yang berusia 51 tahun ini juga berpendapat ubi muda Indonesia berpotensi untuk meningkatkan ketahanan dari sudut mental dan fizikal. Perkara ini penting bagi mempersiapkan pemain berdepan dengan pasukan-pasukan gergasi dan lawan yang kental.

“Mereka juga akan belajar bagaimana untuk tidak takut ketika berhadapan lawan dan tak gentar ketika ditekan lawan, lagi-lagi pasukan yang kuat,” ujar STY kepada News1 seperti yang dipetik daripada Bola.com.

Skuad bawah 19 tahun Indonesia akan menjalani latihan pusat pada Mac hingga April di dua venue berbeza iaitu di Yeongdeok dan Dargu, Korea Selatan.

Advertisements

Persediaan ini adalah medan terbaik buat skuad garuda muda ini mempersiapkan pasukan sebelum mereka menghadapi saingan Piala Dunia B-20 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram