Shin Tae-yong Risau, Kini Buru Pemain Warisan Dari Eropah
Dunia
Kompas
Advertisements

Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) PSSI, Hasani Abdulgani menyatakan bahawa Jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong mula risau sekaligus menyarakannya mencari pemain yang berturunan Eropah jika ada.

Hasani menjelaskan PSSI kini dalam proses untuk memiliki 2 pemain warisan dari Eropah, antaranya adalah Sandy Walsh dan Jordi Amat.

Dalam pada itu, Hasani juga melihat Tijjani Reijnders adalah salah satu pemain warisan eropah pilihan Shin Tae-yong dan berharap agar pemain itu mahu bersama skuad Timnas Indonesia.

Advertisements

“Tadi beliau cakap ‘Hasani juga sarankan kalau ada pemain keturunan Eropah’,” kata Hasani.

“Oh ya saya kata nanti kita kongsi bersama, ia terbuka untuk saya sekarang. Jadi saya boleh terus berkomunikasi dengannya,” jelasnya.

“Nama Tijjani Reijnders telah muncul semasa pertemuan dengan Menpora. Sebelum ini apabila saya bertanya sama ada nama itu telah disahkan ataupun belum, dia berkata ada dan berharap pemain itu akan berminat,” ujar Hasani kepada bola.com.

Advertisements

“Ok, saya akan cuba nanti. Saya akan menghubungi Tijjani Reijnders. Mudah-mudahan dia mahu. Jadi perbincangan itu lebih santai.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram