Shukor Adan Akui Harimau Malaya Ketandusan Penyerang
Dunia
alchetron.com
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 24 Sept –Bekas kapten skuad kebangsaan negara, Muhammad Shukor Adan memberitahu bahawa skuad Harimau Malaya ketika ini sedang ketandusan seorang penyerang sebenar.

Pemain senior KL City FC itu dalam satu temubual ketika acara undian Piala AFF Suzuki yang bersiaran langsung di Astro Arena kelmarin menjelaskan bahawa Malaysia sememangnya tidak memiliki penyerang terbaik untuk mengemudi jentera serangan ketika ini.

Ketika pengacara Astro Arena, Akbar Sahari meminta Shukor menyebutkan nama penyerang baru yang berpotensi besar untuk mengemudi barisan hadapan, Shukor dengan jujur menjawab tiada seorang striker kebangsaan pun yang layak dari sudut kaca matanya.

Advertisements

“Tiada, saya tak nampak. Untuk pemain tempatan mengemudi bahagian hadapan itu, bagi saya, saya tak nampak. Kalau ada sedikit pun saya tengok, Syafiq Ahmad.”

Pemain berusia 42 tahun ini turut mengakui bahawa arena bola sepak Malaysia buat masa sekarang semakin ketandusan pemain penyerang.

“Memang, itu pasti, kalau kita lihat daripada Liga Perdana sampai ke Liga Super sekalipun, siapa penyerang tempatan yang menjaringkan gol.”

Advertisements

Shukor turut menimbulkan tanda tanya ke mana perginya penyerang-penyerang tempatan yang sedia ada dalam menjaringkan gol. Beliau menjelaskan, penjaring gol terbanyak saingan liga musim ini adalah Baddrol, dan striker bukanlah posisi sebenar bagi Baddrol.

“Baddrol Bakhtiar penjaring terbanyak tempatan, adakah beliau bermain di posisi penyerang? Tidak bukan. Posisi asal beliau adalah midfield. Jadi disitu kita boleh lihat, statistik untuk penyerang lokal.”

Baddrol Bakhtiar menjadi penjaring tempatan terbanyak dalam meledak gol pada saingan Liga Super musim ini. Baddrol berjaya meledak sebanyak 7 gol dalam membantu pasukan Kedah menamatkan liga di kedudukan tempat kedua.

Advertisements

Sementara untuk saingan Liga Premier, Nurshamil Abd Ghani menjadi penjaring terbanyak tempatan. Penyerang pasukan Kelantan FC ini telah berjaya menjaringkan 9 gol secara keseluruhannya dalam saingan Liga Premier musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram