Shukor Adan Kekal Di KL City, Perkuat Barisan Kejurulatihan
Dunia
Bola Mamak
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Muhammad Shukor Adan hari ini telah menandatangani kontrak baharu bersama KL City. Perkara itu dimaklumkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di laman rasmi Twitter miliknya.

Menurut ciapan Zulhelmi, Shukor akan kekal bersama KL City untuk menyertai barisan kejurulatihan. Shukor bersama Bojan Hodak dan jurulatih-jurulatih KL City yang lain akan membimbing skuad KL City yang bakal beraksi di pentas Asia tahun ini.

Shukor telah mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak selepas pasukannya, KL City FC menjuarai Piala Malaysia 2021. Beliau akan terus menabur bakti dan muntahkan segala pengalaman yang beliau ada buat para pemain The City Boys bagi kemenjadian pasukan musim ini.

Advertisements

Dalam pada itu, pemain senior pasukan, Safee Sali dan Indra Putra belum mencapai kata sepakat dan dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan KL City FC jika masing-masing mendapat tawaran ke pasukan lain.

Indra Putra sebelum ini telah ditawarkan kontrak untuk menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan KL City namun dikatakan beliau lebih berminat untuk ke pasukan Perak FC sebagai pemain. Namun begitu masih belum ada pengumuman rasmi daripada kedua-dua pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram