“Siapa Pun Yang Main, DNA Malaysia Harus Kekal” – Kim Pan-gon
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mahu para pemainnya terus mengekalkan DNA bola sepak Malaysia menjelang pertemuan dengan Kemboja esok.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu yakin perlawanan ini bakal menjadi kayu ukur terutamanya bagi menilai aksi para pemain yang baru pertama kali dipanggilnya.

Jelasnya, sungguhpun mengharapkan keputusan yang positif daripada aksi ini, namun Pan-gon menegaskan adalah para pemain harus mengekalkan tahap konsistensi ketika bermain.

Advertisements

“Perkara paling penting adalah konsistensi. Sesiapa pun yang diturunkan, kita mesti konsisten dan kekalkan tahap permainan kita.”

“Saya mahu melihat bagaimana kita mengekalkan model permainan kita dengan baik tak kira siapa pun yang bermain, mereka harus mengikuti DNA Malaysia,” jelasnya kepada MakanBola.

Jurulatih berusia 52 tahun ini juamga memberi bayangan akan ada muka baharu yang tampil dalam kesebelaan utama pasukan sebagai persediaan sebelum menghadapi kejohanan Piala AFF Mitshubishi Electric tidak lama lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram