Advertising
Siaran Langsung China Open: Lee Zii Jia vs Koki Watanabe (Live Streaming)
MakanBola
Olympic Malaysia

Aksi pusingan pertama China Open 2024 menyaksikan wakil perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bakal turun berdepan pemain dari Jepun, Koki Watanabe.

Setelah meraih pingat gangsa di Olimpik Paris, Zii Jia tidak mengambil rehat yang lama dan terus turun beraksi dalam saingan Japan Open beberapa minggu yang lalu.

Walau bagaimanapun, masalah kecergasan dan kecederaan dialami oleh jaguh negara itu menyebabkan Zii Jia tunduk di tangan pemain muda Perancis, Alex Lanier di pusingan awal.

Ad

Zii Jia dalam satu kenyataan terpaksa menarik diri daripada beberapa siri Jelajah Dunia BWF di Korea dan Hong Kong bagi memberi tumpuan kepada sesi pemulihan.

Ad

”Hai semua, fizikal saya berasa lemah untuk beberapa hari sejak pulang dari Sukan Olimpik,” ujar Zii Jia menerusi catatan Instastory.

”Saya mencuba yang terbaik dan berjuang sepanjang perlawanan tetapi badan saya tidak mengizinkan saya melakukan yang terbaik mengikut kemampuan saya.”

Ad
Ad

Kini, Zii Jia sudah bersedia untuk kembali ke gelanggang dan berada di tahap yang terbaik setelah disahkan sebagai pemain ke-3 terbaik dunia oleh kemas kini ranking BWF.

Ad

Rekod Pertemuan Lee Zii Jia vs Koki Watanabe

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, kelebihan kecil dimiliki oleh Watanabe setelah pertembungan tunggal melibatkan Zii Jia dan Watanabe dimenangi wakil Jepun itu.

Satu-satunya pertemuan yang melibatkan kedua-dua pemain adalah di separuh akhir Swiss Open 2023 yang menyaksikan kemenangan straight set diperoleh oleh Koki Watanabe 21-11, 21-14.

Info Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Koki Watanabe

Tarikh: 17 September 2024 (Selasa).
Masa: 9.00 pagi.
Venue: Olympic Sports Center Gymnasium, Changzou, China.
Siaran Langsung: Astro Supersport.