Status Lee Zii Jia Jadi Tanda Tanya
UltraSukan
Olympic Malaysia
Sponsors

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berpotensi tidak menyertai Hong Kong Open 2024 yang bakal berlangsung dari 10 hingga 15 September ini.

Astro Arena melaporkan ini berlaku kerana pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu masih melalui proses pemulihan selepas mengharungi jadual padat 2024.

Ad
Sponsors

Zii Jia sudah mengharungi 15 kejohanan sepanjang tahun 2024 termasuk temasya Sukan Olimpik 2024. Beliau meraih dua kejuaraan iaitu Thailand Open 2024 dan Australian Open 2024.

Ad

Zii Jia juga meraih gelaran naib juara Malaysian Masters 2024 apabila tewas kepada Viktor Axelsen di pentas final.

Faktor keletihan dilihat menyumbang kepada kekalahan beliau di tangan Alex Lanier dalam pusingan pertama Japan Open 2024. Hal ini mendorong Zii Jia untuk tidak menyertai Korea Open 2024 baru-baru ini.

Ad

Sekiranya beliau tidak menyertai Hong Kong Open 2024, Zii Jia bakal bersua dengan empat pemain terbaik di dunia dalam saingan China Open 2024. Ini kerana kelompok jaguh diketuai Axelsen mengesahkan penyertaan dalam kejohanan itu.

Ad

Selain pemain nombor dua itu, Shi Yuqi, Li Shifeng dan jaguh Indonesia, Jonatan Christie turut mengesahkan penyertaan dalam Hong Kong Open 2024.

Ad

Zii Jia bukan satu-satunya jaguh negara yang dijangka tidak menyertai Hong Kong Open 2024. Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik juga sah tidak bertanding dalam kejohanan itu.

Ini bagi membantu proses pemulihan kecederaan metatarsal yang dialami Wooi Yik semasa bertanding di Sukan Olimpik 2024. Mereka merupakan pemenang pingat gangsa untuk acara beregu lelaki.