Aksi terakhir round robin Sultan Azlan Shah Cup menyaksikan pertembungan di antara Malaysia dan Korea Selatan pada Jumaat.
Malaysia turun dengan misi menebus kekecewaan gagal mempertahankan kejuaraan setelah akur tumpas tipis 1-2 di tangan Jepun pada Rabu lalu sekaligus menguburkan impian skuad negara ke final.
Pengendali negara, Sarjit Singh dijangka tidak akan melakukan rombakan besar-besaran dan mengekalkan kesebelasan utama dengan mempertaruhkan itga penyerang utama negara, Faizal Saari, Azrai Aizad dan Akhimullah Anuar.
Manakala Korea pula yang hanya mampu melakar satu keputusan kemenangan dalam empat aksi sebelum ini pastinya memasang impian mahu mencipta kejutan dengan mengecewakan pasukan negara di hadapan ribuan penonton di Ipoh.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada saingan Sukan Asia Hanzhou tahun lalu di mana menyaksikan Korea Selatan berjaya menumbangkan Malaysia dengan keputusan 4-3.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Korea Selatan
Senarai kesebelasan utama pasukan akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Korea Selatan
Tarikh: 10 Mei 2024 (Jumaat).
Masa: 8.30 malam.
Venue: Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
Siaran Langsung: Astro Arena.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (Real Time) di MakanBola.com.