Siaran Langsung Undian Piala Asia AFC 2023 Qatar
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Undian Piala Asia AFC 2023 bakal berlangsung hari ini sekaligus menjadi detik penting buat Malaysia bagi menyalakan misi ke Qatar tahun hadapan.

Anak buah Kim Pan-gon kini berada pada kemuncak prestasi apabila mencatatkan dua kemenangan dalam aksi persahabatan FIFA Mac lalu berdepan Hong Kong dan juga Turkmenistan.

Advertisements

Aksi memberangsangkan Harimau Malaya ini juga telah menyaksikan Malaysia kini melonjak ke tangga 138 dunia berdasarkan kedudukan terbaru oleh FIFA.

Detik undian ini bakal menjadi momen yang penuh bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia apabila berjaya layak ke pentas berprestij bola sepak Asia ini secara merit selepas 43 tahun penantian.

Advertisements

Malaysia dilihat sebagai salah satu pasukan yang tidak boleh dipandang sebelah mata dengan kudrat pemain-pemain yang membarisi skuad kebangsaan tidak kurang hebatnya.

Sebagai rekod, Malaysia menamatkan saingan Kelayakan Piala Asia di tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima naib juara terbaik dari enam kumpulan yang mendapat tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Advertisements

Siaran Langsung Undian Piala Asia AFC 2023

Advertisements

Tarikh: 11 Mei 2023

Hari: Khamis

Advertisements

Masa: 7 Malam

Pautan siaran langsung seperti berikut:

Advertisements

News Comments Account