Sifat Bersatu Hati Pemain Jadi Kunci Kejayaan Sabah
Dunia
Sabah Football Club
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee dedah sifat bersatu hati antara pemain menjadi salah satu kunci utama buat kebangkitan Sabah setakat ini.

Pemain Sabah membuktikannya dengan prestasi yang cukup cemerlang apabila gah menewaskan pasukan Petaling Jaya City FC semalam dengan keputusan 2-1.

Kim Swee turut menegaskan sifat kepercayaan dan kekuatan yang dimiliki oleh skuad sang badak ini harus dikekalkan dalam setiap permainan supaya pemain mampu mempamerkan aksi yang lebih baik antara satu sama lain.

Advertisements

“Ini lebih kepada kepercayaan mengenai kekuatan kita, mempercayai antara satu sama lain sebagai satu unit walaupun dalam jangka masa pendek dan mereka (pemain) menunjukkan komitmen yang cukup tinggi.”

“Dalam bola sepak ada kala kita bermain dengan begitu baik, tapi kita tidak menang. Tapi pada masa yang sama apabila kita menunjukkan kesungguhan, itu yang lebih penting di mana bila ada kesungguhan sudah tentu kita mempunyai peluang untuk mendapatkan kejayaan,” katanya kepada Berita Harian.

Sabah kekal di kedudukan kedua Liga Super dengan mengumpul 28 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram