Kelab gergasi bola sepak Rusia, Zenit St Petersburg menzahirkan rasa teruja untuk bertemu dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) esok.
Mereka yang juga merupakan pasukan yang kerap beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sudah tentu bakal menjadi lawan sebenar buat Harimau Selatan.
Zenit juga kelihatan begitu teruja untuk berdepan pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam aksi pra-musim.
Baru-baru ini, skuad Harimau Selatan berjaya mengejutkan sebuah lagi pasukan Rusia, Lokomotiv Moscow dengan keputusan 1-0.
Hal ini berjaya membuka mata Zenit yang segera membuat satu video khas bagi aksi epik ini.
“Hai, para penyokong Johor di seluruh dunia. Kami adalah kelab bola sepak Zenit.”
“Tidak sabar untuk beraksi pada perlawanan in. Singa lawan harimau, jumpa anda nanti,” ujar mereka.
JDT berjaya mencatatkan kemenangan berdepan Levski Sofia 1-0, 3-0 menentang Fursan Hispania dan 1-0 berdepan Lokomotiv Moscow baru-baru ini.
Momentum terbaik anak didik Tano Solari ini sudah tentu mahu dibawa menjelang aksi penting kali ini.