Skuad B-17 Negara Dijangka Adakan Aksi Pemanas Badan Di Jepun
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Skuad bawah 17 tahun Malaysia (B-17) bakal menyertai Piala Asia B-17 di Thailand pada pertengahan Jun ini. Justeru, anak-anak buah Osmera Omaro bakal menjalani persiapan rapi termasuk mengadakan aksi pemanas badan di Jepun dan Thailand.

Dengan latihan pusat pertama bakal diadakan tidak lama lagi, Omaro pastinya mahu anak-anak buahnya cepat menyesuaikan diri apabila melapor diri nanti.

Untuk kem latihan pusat pertama, 40 orang pemain dipanggil. 26 daripadanya dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dengan baki 14 lagi dari negeri-negeri lain.

Advertisements

“Kita sudah memanggil 14 pemain dari luar AMD, kita mahu melihat mereka dengan lebih dekat. 14 pemain ini berada dalam pemerhatian kita untuk beberapa lama.

“Bagaimanapun, tidak banyak pertandingan yang diadakan baru-baru ini (untuk melihat mereka bermain), jadi kami panggil mereka ke kem (latihan pusat) ini.

“Saya harap mereka cepat menyesuaikan diri dan tidak gementar dengan panggilan (skuad kebangsaan) ini. Mereka hanya perlu lakukan apa yang mereka telah lakukan sebelum ini.

Advertisements

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah merancang jelajah yang baik untuk pasukan. Saya percaya ini persediaan penting untuk kami beraksi di Piala Asia,” katanya bila dihubungi New Straits Times.

Jepun dan Thailand menjadi pilihan jelajah pasukan B-17 negara kerana kedua-duanya layak ke Piala Asia berstatus juara dan naib juara kumpulan kelayakan kejohanan itu.

Selain Malaysia, Jepun dan Thailand yang juga tuan rumah, Qatar, Arab Saudi, Yemen, Vietnam, Australia, Tajikistan, Iran, Uzbekistan, Korea Selatan, China, Afghanistan, India dan Laos turut menyertai kejohanan tersebut.

Advertisements

Skuad B-17 negara berjaya layak ke Piala Asia B-17 selepas memenangi kumpulan kelayakan mereka di Bogor, Indonesia tahun lepas. Ini merupakan penampilan keenam di Piala Asia B-17 selepas tampil pada 2004, 2008, 2014, 2016 dan 2018.

Empat pasukan teratas Piala Asia B-17 bakal layak secara merit ke Piala Dunia B-17 di Peru yang bermula pada November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram