“Skuad B-23 Negara Perlu Ada Jurulatih Macam Kim Pan-gon”
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Skuad B-23 negara terpaksa akur tidak dapat meneruskan perjuangan dalam saingan Piala Asia 2023 selepas tewas 2-0 pada aksi terakhir menentang Vietnam pada aksi Piala Asia B-23 di Stadium Lokomotiv kelmarin.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa tidak berpuas hati jika tiada perubahan besar-besaran dalam skuad junior selepas ini. Perkara ini dilihat agak berbeza dengan skuad senior.

Beliau juga memberi pandangan jika pasukan B-23 ini gagal, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu melantik jurulatih baharu supaya mereka dapat melaksanakan corak permainan yang sama dibawa oleh skuad senior.

Advertisements

“Sebelum ini sekiranya skuad senior gagal akan adanya rombokan besar-besaran dalam skuad itu, tetapi kali ini agak berbeza apabila ia melibatkan pasukan di bawah seperti B-23, B-19 dan lain-lain.”

“Apabila skuad B-23 gagal membuktikan prestasi yang baik di Piala Asia, saya fikir FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) harus melantik jurulatih baharu yang mengikut ramuan skuad senior.”

“Perlu cari jurulatih luar yang boleh mempraktikkan gaya permainan yang sama supaya ada kesinambungannya apabila mereka menyertai skuad senior selepas itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, Malaysia memulakan kempen dengan langkah kiri apabila tewas 4-1 kepada juara bertahan, Korea Selatan dan tewas 3-0 kepada Thailand pada aksi kedua, sekali gus berada di tempat terakhir Kumpulan C.

Berdasarkan keputusan pada kejohanan kali ini, masa depan Maloney terus menjadi tanda tanya ketika majoriti peminat mahukan perubahan dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram