Skuad Brad Maloney Diuji Lagi
Dunia
@Bradleymaloney
Advertisements

Ujian demi ujian yang dihadapi oleh pengendali skuad negara bawah B-23, Brad Maloney kerana seorang lagi pemain didapati positif Covid-19 sejurus tiba di Phnom Penh, Kemboja pada Ahad.

Pemain Johor Darul Ta’zim II (JDTII), Shafi Azswad yang mendapat nasib yang sama seperti rakan seperjuangannya Fahmi Daniel Zaaim yang mahu membantu pasukan negara untuk menghadapi saingan.

Dalam pada itu, Brad Maloney meluahkan rasa tidak senang kerana kehilangan beberapa pemain sekaligus memberi kesan yang kurang baik untuk pasukan negara kerana tidak ada tambahan pemain baharu setakat ini.

Advertisements

“Dia (Shafi) meninggalkan Kuala Lumpur selepas ujian negatif tetapi di Kemboja, dia didapati positif, jadi dia terus dibawa ke pusat kuarantin.”

“Sudah tentu ia sesuatu yang mengecewakan apabila kami tidak dapat menggunakan khidmat mereka.”

“Jumlah pemain dalam skuad juga berkurangan tetapi kami perlu menghadapi situasi ini dan tidak ada tambahan pemain baharu kerana bagi saya sudah agak lewat. Malah, esok adalah hari perlawanan pertama kami.”

Advertisements

“Jadi saya akan teruskan tugas di sini (Phnom Penh) dengan barisan pemain yang kami ada ketika ini,” jelasnya kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram