Skuad Muda Indonesia Bakal Lawan Barcelona
Asia Tenggara
@theaseanball
Advertisements

Skuad bawah 17 tahun (B-17) Indonesia bakal berdepan pasukan remaja Barcelona sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia B-17 yang berlangsung pada November ini.

ASEAN Football melaporkan perlawanan persahabatan antara Garuda Asia dan Barcelona Juvenil A (skuad B-17 Barcelona) bakal diadakan pada 2 Ogos ini.

Selain perlawanan persahabatan ini, Barcelona Juvenil A juga akan berentap dalam satu kejohanan bola sepak remaja antarabangsa yang bakal diadakan di Bali dari 7 hingga 14 Ogos ini.

Advertisements

Selain Barcelona, Real Madrid juga dijangka menghantar pasukan remaja mereka menyertai kejohanan sama.

Bagi jurulatih skuad muda Indonesia, Bima Sakti, ini satu peluang menguji keserasian anak-anak buahnya bila menentang pasukan Eropah berkualiti seperti Blaugrana.

Advertisements

“Kita memang ada agenda itu [perlawanan persahabatan melawan Barcelona Juvenil A]. Ya, Alhamdulillah PSSI mengaturnya, memberikan kesempatan buat kita main sama mereka,” katanya kepada media pada Sabtu seperti dilaporkan CNN Indonesia.

“Ya, saya fikir bagus juga daripada kita ke Sepanyol. Mereka ada di sini (di Bali), ya kita ambil kesempatan buat perlawanan persahabatan,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram