Hajat Johor Darul Taโzim FC (JDT FC) III meraih kemenangan dalam aksi separuh akhir pertama Piala Presiden tidak kesampaian hari ini.
Ini selepas ubi muda Harimau Selatan itu diikat 2-2 oleh skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17 di Padang 10 AMD di Gambang, Kuantan.
Babak pertama menyaksikan tuan rumah mencipta dua gol dalam tempoh lima minit. Gol AMD B-17 disumbang oleh Zainurhakimi Zain Azraii (minit ke-33) dan kapten Afiq Danish Hasniruddin (minit ke-38).
Bersambung pada babak kedua, skuad pelawat yang dibimbing Gonzalo Sanz Zaballos terus memburu gol penyamaan.
Kesungguhan mereka berhasil menerusi dua gol lewat yang dijaringkan Raziq Abd Rahman (minit ke-84) dan Danish Irham Mohd Nazri (minit ke-94). Keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.
Biarpun bolos dua kali, JDT III sekurang-kurangnya mempunyai bekalan untuk aksi separuh akhir kedua Piala Presiden.
Aksi kedua separuh akhir Piala Presiden bakal diadakan di Stadium Pasir Gudang pada 18 September ini.