Skuad Muda Malaysia Catat Kemenangan Kedua Di Qatar, Belasah Umm Salal
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Pasukan muda Malaysia semakin mempamerkan belang di Qatar apabila meraih kemenangan bergaya kali kedua menentang Umm Salal.

Anak buah Osmera Omaro sedang mempersiapkan diri di Akademi Aspire, Qatar selepas bermula dengan cukup baik apabila menewaskan Al-Arabia dengan jaringan besar 4-2.

Advertisements

Latihan yang diadakan di Akademi Aspire ini merupakan sebahagian daripada persiapan skuad B-17 kebangsaan bagi mengharungi Piala Asia B-17 yang akan diadakan di Thailand pada Jun ini.

Mereka jelas berada dalam momentum terbaik ketika ini apabila berjaya meraih tonik tambahan apabila terus melebarkan jurang kemenangan buat kali kedua berturut-turut.

Advertisements

Bertemu Umm Salal SC di Pusat Latihan Al Errsal, anak didik Osmera Omaro memperoleh kemenangan besar dengan membelasah pasukan tersebut 5-0.

Perkembangan ini jelas menggembirakan seluruh warga Malaysia yang ingin melihat pasukan muda negara terus mencipta lebih banyak kejayaan.

Advertisements

Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan berprestij ini adalah dengan mara ke peringkat suku akhir pada edisi 2014.

Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bagaimanapun percaya anak-anak buah Osmera mampu sekurang-kurangnya mengulangi semula pencapaian tersebut pada edisi kali ini.

News Comments Account