Ads
Harimau Malaya
FA Malaysia

Skuad muda negara sentiasa menagih khidmat tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, Feroz Baharudin dan Ramadhan Saifullah ke pentas Piala Asia U23 2024.

Advertisements

Pengurus pasukan B23 negara, Dato’ Sri Shahril Mokhtar menjelaskan barisan kejurulatihan E. Elavarasan sentiasa meninjau prestasi semasa pemain-pemain negara.

Advertisements

Ketika di temui wartawan Harimau Malaya di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pada semalam, Sharil menjelaskan Malaysia sentiasa menyatakan minat untuk memanggil Arif Aiman, Feroz Baharudin dan Ramadhan Saifullah untuk bersama dalam skuad B23 kebangsaan.

Advertisements

Advertisements

Menurut Shahril, pengalaman yang dimiliki ketiga-tiga pemain ini mampu untuk memperkuat barisan skuad sedia ada.

“Bila saya ditanya, saya selalu berbincang dengan Datuk Hamidin Presiden FAM saya kata, setiap kali ada panggilan saya akan tanya Arif Aiman boleh panggil ke? Feroz boleh panggil ke? Ramadhan boleh panggil ke?”

Advertisements

“Jadi terpulang kepada pucuk pimpinan kerana kami ni senang, kami ni bila ada pemain kita akan buat kerja kita.”

“Tapi saya berharap, saya berdoa bulan April nanti kalau ada rezeki saya harap pemain-pemain ini akan dapat bantu pasukan dengan pengalaman mereka. Jadi sama-sama kita berdoa,” ujar Shahril kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Selepas secara sah layak ke pentas Piala Asia B23 2024, skuad B23 negara bakal memulakan kempen Piala Asia pada 15 April hingga 3 Mei 2024. Kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Qatar itu bakal menjadi medan terbaik buat anak buah E. Elavarasan mempamerkan kualiti sebenar skuad muda negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram