Skuad Muda Malaysia Terus Mengganas, Belasah Al Ghrafa Di Qatar
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pasukan muda Malaysia terus mempamerkan ketajaman dan keampuhan yang luar biasa di bumi Qatar apabila mencatatkan kemenangan menentang Al Ghrafa semalam.

Anak didik Osmera Omaro melakukan persediaan yang cukup rapi tatkala keputusan menceritakan segalanya.

Anak buahnya jelas berada dalam kelas tersendiri apabila meriah kemenangan ketika berturut-turut dalam aksi pemanas badan sebelum berangkat ke Thailand bagi menghadapi aksi Piala Asia B-17.

Advertisements

Malaysia mencatatkan kemenangan besar 4-1 menentang Al Ghrafa B-18 dalam satu aksi yang berlangsung di Padang Latihan Al Ghrafa, malam tadi.

Kemenangan besar ini sudah tentu memberi suntikan moral terbaik kepada mereka dalam usaha untuk mara sejauh mungkin dalam kejohanan berprestij tersebut.

Advertisements

Menurut satu kenyataan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin, pasukan B-17 negara ini diharap dapat mengulangi pencapaian terbaik apabila mara hingga ke suku akhir pada tahun 2014.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram