Selepas tunduk kepada skuad B-16 Ulsan Hyundai dalam aksi kumpulan Shanghai Future Star Cup 2023, skuad B-16 PVF Vietnam mencipta kejutan dengan menewaskan ubi muda Manchester City.
Biarpun sedar pihak lawan lebih hebat dari segi kualiti pemain dan corak permainan, PVF Vietnam langsung tidak gentar.
Malah, anak-anak buah jurulatih Nguyen Duy Dong itu dua kali membolosi gawang The Citizens menerusi penyerang muda Doan Huy Long.
City merapatkan kedudukan menerusi gol Jose Roca. Begitupun, itu tidak cukup untuk menghalang kelab Vietnam itu daripada meraih kemenangan pada akhir perlawanan.
PVF Vietnam berpeluang layak ke separuh akhir Shanghai Future Star Cup 2023 dengan syarat mereka menewaskan pasukan Aspire Academy B-16 dari Qatar pada aksi terakhir kumpulan esok.