Skuad Muda Perak Cipta Kejutan Ikat JDT
Liga M3
Johot Southern Tigers
Advertisements

Saingan Piala Belia 2024 menyaksikan kejutan dilakar Perak FC apabila mengikat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV 1-1 dalam aksi pertama Kumpulan B semalam.

Selepas bergelar naib juara Piala Belia 2023, JDT IV yang dibimbing Pedro Collado Celda mahu bangkit dan melakar pencapaian lebih cemerlang musim ini.

Sementara Perak yang dibimbing Sathia Kumaran Subramaniam pula mahu memulakan kempen Piala Belia 2024 dengan langkah positif. Ini kali pertama pasukan utara tanah air itu menyertai Piala Belia selepas kali terakhir melakukannya pada 2019.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan JDT IV berusaha mencari kelebihan gol awal. Malangnya, barisan pertahanan skuad muda The Bos Gaurus kerap menggagalkan gerakan serangan yang diatur mereka.

Kesungguhan skuad muda Harimau Selatan memburu gol akhirnya terhasil pada minit ke-32 menerusi Qahir Dzakirin Rosfaizi.

Advertisements

Tersentak, anak buah Sathia Kumaran cuba bangkit memburu gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, The Bos Gaurus tampil lebih garang untuk mendapatkan gol penyamaan.

Advertisements

Hasilnya, mereka menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Muhammad Al Fahhimi Nor Azizul pada minit ke-47.

Kedua-dua pasukan kemudiannya membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat menjelmakan gol kedua perlawanan.

Advertisements

Malangnya, jentera serangan JDT IV dan Perak buntu mencari gol kemenangan. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga wisel penamat ditiup.

Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan meraih satu mata, dua mata di belakang pendahulu Kumpulan B, Terengganu FC IV.

Terengganu mengetuai Kumpulan B dengan tiga mata selepas meraih kemenangan besar 6-0 ke atas Kuching City FC dalam satu lagi aksi kumpulan. Kejayaan ini turut dikongsikan oleh pengarah sukan Peteh, Zul Fadli Rozi.

Selepas ini, JDT IV bakal menentang Penang FC IV dalam aksi kedua Kumpulan B pada 5 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram