Skuad Muda Terengganu Masih Kebal Tak Terlawan
MFL
Terengganu FC
Advertisements

Pasukan muda Terengganu yang beraksi di Piala MFL terus memperagakan aksi yang memberangsangkan apabila mencatatkan kemenangan ke-7 berturut-turut.

Anak buah Hairuddin Omar kini cemerlang memimpin tangga liga apabila meraih satu lagi kemenangan berharga menentang Kelantan United dengan keputusan 4-1.

Mereka juga telah pun mengejutkan pencabar utama, Johor Darul Ta’zim ll apabila meraih kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Syahmi Zamri sebelum ini.

Advertisements

Ia seakan menjadi tonik buat skuad muda Peteh untuk terus mara dan mencatatkan kemenangan bersih dalam semua perlawanan.

Terengganu juga telah menjaringkan 13 gol dan hanya bolos dua sahaja selepas 7 aksi sekaligus menggambarkan keampuhan skuad ini.

Advertisements

Pemain-pemain seperti Muslihuddin Atiq, Syahmi Zamri dan lain-lain telah membentuk persefahaman dan keserasian yang cukup baik untuk membawa Terengganu berada di puncak liga.


Prestasi tersebut mendapat pulangan yang bebaloi selepas Muslihuddin Atiq, Ubaidullah Syamsul, Safwan Mazlan dan lain-lain telah dipanggil oleh E. Elavarasan ke kem latihan pusat B-22 negara.

Prestasi ini bagaimanapun perlu dikekalkan tatkala PDRM FC kini menjadi pencabar terdekat apabila berada di tangga kedua dengan 16 mata.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram