Advertising
Skuad Muda Thailand Terpaksa Lupakan Dua Tonggak Warisan
MakanBola
Changsuek

Persiapan skuad Thailand Bawah 20 Tahun (B-20) untuk saingan Piala Asia B-20 2025 terjejas tanpa kehadiran dua tonggak warisan.

Portal TheThao247 melaporkan pasukan itu perlu melupakan khidmat dua pemain yang berpangkalan di luar negara, John Miettinen dan Erawan Garnier.

Ad

Miettinen yang baru menyertai kem Thailand B-20 tidak dapat menyertai pasukan itu menjelang saingan Piala Asia B-20 2025 kerana berdepan masalah dokumentasi.

Ad

Masalah tersebut menyukarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) meluluskan penyertaannya bersama pasukan itu menjelang kejohanan.

Garnier pula terpaksa melupakan hasrat beraksi dalam saingan Piala Asia B-20 2025 bersama Thailand. Ini selepas kelabnya, Olympique Lyon tidak memberi pelepasan kepada beliau.

Ad

Situasi ini menyebabkan jurulatih Thailand B-20, Emerson Pereira perlu menggunakan kudrat pemain yang ada apabila kejohanan itu bermula nanti.

Ad

Sebagai persiapan untuk kejohanan Asia itu, Thailand telah mengatur aksi persahabatan dengan China, Iraq dan Qatar.

Ad

Thailand berada dalam Kumpulan D bersama Jepun, Korea Selatan dan Syria. Thailand membuka kempen Piala Asia B-20 2025 dengan menentang Jepun pada 14 Februari ini.