Skuad Vietnam Tiba Di Malaysia
MakanBola
Vietnam FF

Juara ASEAN Championship 2024, Vietnam tiba di Malaysia menjelang aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027.

Ini sebahagian daripada perancangan jurulatih Pahlawan Bintang Emas, Kim Sang-sik. Sebelum itu, mereka mengadakan sesi latihan pusat di Hanoi bermula pada penghujung Mei lalu.

Ketibaan skuad Vietnam diumumkan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka. Mereka disambut oleh komuniti rakyat Vietnam yang menetap di Malaysia.

“Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, pasukan Vietnam menerima kehangatan komuniti Vietnam di Malaysia.

“Semua orang menghantar ucapan terbaik kepada jurulatih Kim Sang-sik!” kata VFF dalam satu kenyataan.

Antara pemain yang tiba ialah kapten, Nguyen Quang Hai, Pham Tuan Hai, Filip Nguyen dan tonggak kacukan baharu Vietnam, Jason Pendant Quang Vinh.

Vietnam turun tanpa beberapa tonggak serangan yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan. Antara nama yang terpaksa disisihkan Sang-sik ialah Nguyen Cong Phuong, Bui Vi Hao, Nguyen Xuan Son dan Nguyen Van Toan.

Vietnam akan menentang Malaysia untuk aksi kedua Kumpulan F pada 10 Jun ini.