Aksi Tak Reti Penat Skuad Wanita Malaysia Musnahkan Impian Palestin Raih 3 Mata
Dunia
Astro Arena
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 22 Sept – Pasukan bola sepak wanita negara berjaya memberikan saingan yang cukup sengit kepada tuan rumah, Palestin dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2022 yang berlangsung di Stadium Faisal Al-Husseini sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung dengan cukup sengit apabila kedua-dua pasukan saling mengatur gerak untuk mencari gol awal. Namun begitu, Malaysia kelihatan lebih dominan untuk mengawal tempo perlawanan sambil mengatur gerak ke kubu lawan.

Serangan berterusan pasukan negara menerusi gerakan satu dua yang berjaya dicipta dalam kawasan Palestin hampir membuahkan hasil apabila Hendrietta melakukan satu percubaan jauh sedikit tersasar.

Advertisements

Tidak berakhir di situ, hantaran-hantaran jauh yang dimulakan oleh barisan pertahanan terutamanya menerusi kapten pasukan, Steffi Sarge Kaur yang sering melakukan hantaran jauh untuk mencari barisan serangan negara.

Selain itu, dominasi jentera tengah pasukan yang diketuai oleh Andrea Lee yang mempamerkan persembahan luar biasa pada separuh masa pertama yang sering turun naik untuk memberi keseimbangan buat pasukan Jacop Joseph.

Perlawanan pada babak pertama berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sungguhpun terdapat beberapa peluang keemasan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pasukan negara tidak membuang masa untuk terus melancarkan serangan ke kubu Palestin yang dilihat sedikit rapuh apabila diasak dari segenap penjuru oleh barisan pemain Harimau Malaya.

Peluang terbaik hadir menerusi gerakan serangan balas melalui sayap kanan oleh Jaciah namun hantaran kurang tepatnya mensia-siakan peluang terhidang.

Pada 30 minit terakhir, pasukan negara terus menggandakan serangan dan akhirnya berjaya mencipta jaringan pertama yang disudahkan oleh Andrea Lee. Beliau berjaya memanfaatkan situasi kelam-kabut dalam kotak penalti apabila tidak dikawal rapi yang membolehkannya melakukan satu ‘tap-ins’ ke dalam gawang gol Palestin.

Advertisements

Sepakan percuma oleh kapten pasukan negara, Steffi Sarge Kaur berjaya menggandakan kedudukan sekaligus membuka peluang yang lebih cerah untuk memenangi perlawanan.

Perlawanan berkesudahan dengan pasukan negara menang dengan jaringan 2-0

Ini sekaligus berjaya menutup kedukaan pada perlawanan pertama setelah tumpas 4-0 kepada jagoan Asia Tenggara iaitu Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram