Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ditutup menggunakan kanvas susulan hujan lebat pada petang tadi.
Kanvas yang digunakan adalah milik Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk memastikan keadaan padang tidak banjir atau bertakung.
Ini adalah tindakan yang drastik dibuat PSM demi menjaga kualiti padang menjelang pertembungan Piala AFF Mitshibushi pada malam ini.
Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan di antara Malaysia menentang Singapura bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan B.
Ini adalah misi wajib menang buat skuad Harimau Malaya manakala Singapura memerlukan keputusan seri sahaja untuk layak ke peringkat separuh akhir Piala AFF.