Advertising
Solidariti Ultras Selangor Terhadap Palestine Dapat Perhatian Dunia
MakanBola
Adha/MakanBola

Nama Ultras Selangor atau UltraSel meraih perhatian dunia bola sepak setelah menzahirkan solidariti terhadap Palestin.

Kehadiran UltraSel dilihat berada pada aksi Liga Super antara Selangor dan Sabah di Stadium MBPJ pada Khamis untuk memberi sokongan buat skuad Gergasi Merah mencapai misi 3 mata.

Sebelum aksi bermula, UltraSel dilihat menaikkan sebuah tifo beserta kain rentang yang tertera ayat “Katakan tidak kepada pembunuhan beramai-ramai” dan “Keluarkan Israel dari bola sepak”

Ad

Satu klip video rakaman aksi UltraSel itu telah disiarkan oleh MakanBola di platform media sosial malah mendapat liputan hangat apabila turut dikongsikan oleh peminat bola sepak di serata dunia.

Ad

Salah seorang wartawan terkemuka di Eropah, Leyla Hamed turut mengulang siar video tersebut sambil memuji tindakan berani UltraSel dalam menyuarakan kezaliman Israel selama ini.

“Adegan dari liga Malaysia apabila penyokong Selangor FC mempamerkan tifo yang cukup mengagumkan, menyertai gerakan Red Card Israel,” ujar Leyla di laman X.

Ad
Ad

“Daripada hilang sokongan, seruan untuk menghalau Israel dari bola sepak terus berkembang dalam kalangan peminat di seluruh dunia,” tulis Leyla lagi.

Ad

Gerakan #KickIsraelOut serta #RedCardToIsrael merupakan salah satu idea penyokong bola sepak di seluruh dunia yang menggesa sekatan dikenakan kepada Persatuan Bola Sepak Israel dari menyertai sebarang aktiviti bola sepak.

Sebelum ini beberapa penyokong kelab bola sepak terkenal dunia turut terlibat dalam menjayakan kempen ini antaranya Celtic FC, Wydad Athletic, Esperance Sportive de Tunis dan Galatasaray.

Malah, penyokong Terengganu juga sebelum ini pernah tular kerana turut menyahut kempen menggantung Israel daripada arena bola sepak ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments