Sony Norde Akui Terengganu Berbeza Pada Babak Kedua
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Penyerang Terengganu, Sony Norde mengakui aksi babak pertama mereka lebih bagus berbanding babak kedua namun seluruh pemain Terengganu telah memberikan yang terbaik.

Kemarau trofi Piala Malaysia terus berpanjangan buat Terengganu apabila skuad kendalian Tomislav Steinbruckner tewas 1-3 terhadap JDT.

“Apa yang saya boleh katakan, kita sudah mencuba yang terbaik. Padang tidak banyak membantu dan jika anda tanya saya, penalti kedua (tidak sepatutnya diberi kerana) itu bukan penalti.” Ujar Sony Norde.

Advertisements

“Tapi saya fikir, kita perlu beri (usaha) lebih daripada mereka bila mereka banyak menyerang. Anda dapat lihat kami mendapat lebih banyak bola tetapi itu tidak cukup.”.

“Ya, seperti yang anda katakan kita menunjukkan prestasi yang bagus. Cuma kita kehilangan banyak tenaga bila bertahan. Kadang-kadang bila kita hendak menyerang, kita perlukan lebih ramai pemain untuk menyerang.” Tambah beliau lagi.

“Jadi, selepas separuh masa kedua, kita lebih fokus kepada bertahan (daripada menyerang). Itu sebab mereka dapat menekan kita dan mereka dapat apa yang mereka nak menerusi gol kedua.”

Advertisements

“Ia mengecewakan kita tapi pada saya, kita bermain bagus dalam separuh masa pertama. Ia tidak cukup, kita perlu beri lebih lagi dalam separuh masa kedua. Seperti yang anda katakan, kita beraksi baik dalam babak pertama tetapi kita tidak bernasib baik dalam babak kedua.” Katanya.

Aksi akhir yang dihiasi dengan 3 sepakan penalti dan beberapa siri kecederaan pemain itu menyaksikan JDT berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia tahun lalu.

Terengganu kini berbaki 1 perlawanan liga dan 1 perlawanan Piala AFC sebelum menamatkan tirai bagi musim 2023 dan pasukan itu kini semakin hampir mengesahkan kedudukan ditangga ke-6 liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram