Sony Norde Pilih Terengganu Selepas Berbincang Dengan 7 Kelab
Dunia
Terengganu
Advertisements

Bintang import baru Terengganu, Sony Norde mendedahkan bahawa dia menyertai Terengganu bagi musim baru Liga Malaysia setelah menolak tawaran sekurang-kurangnya daripada enam kelab lain.

Pemain berasal dari Haiti itu telah bersama dengan Melaka United selama tiga musim bermula 2020, tetapi 2022 menjadi musim paling suram dan mencabar bersama pasukan itu susulan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan.

Sony Norde percaya dia telah membuat keputusan tepat untuk bersama Terengganu yang bakal dibimbing Tomislav Steinbruckner dengan azam mahu keluar dari fasa sukar dan bangkit memulihkan semula kariernya.

Advertisements

“Saya bersedia untuk bersama keluarga baru di Terengganu dan juga cabaran baru bersama pasukan ini.

“Secara jujurnya, saya ada mendapat tawaran lebih daripada 7 kelab dan saya ada berbincang dengan 7 pasukan tersebut, jadi kami melihat daripada semua sudut sebelum akhirnya memilih Terengganu.

“Selain daripada ingin beraksi di Piala AFC, Terengganu juga mempunyai ramai pemain tempatan yang bagus jadi saya rasa pasukan ini adalah pilihan yang terbaik untuk saya,” ujarnya.

Advertisements

Pemain berusia 33 tahun itu juga sedar dengan ekspetasi tinggi yang diletakkan pengurusan mahupun penyokong berdasarkan rombakan yang dibuat terhadap barisan pemain dan kejurulatihan, justeru berjanji memberikan yang terbaik untuk membantu Terengganu mencatat pencapaian lebih baik berbanding musim ini.

“Kita tahu semua penyokong Terengganu juga dah letak harapan tinggi daripada jurulatih serta pemain dan ini cabaran untuk kita pemain baharu juga untuk bawa pasukan ini ke tahap yang tinggi.

“Memandangkan mereka telah melakukan tugas cemerlang di bawah kendalian Nafuzi sebelum ini, kini adalah giliran kami untuk melakukan sesuatu sebab sudah tentu penyokong akan sedih sekiranya kami tidak berjaya.

Advertisements

“Saya baru kali pertama bertemu dengan jurulatih (Steinbruckner) ketika menandatangani kontrak dan apa saya boleh cakap, beliau mempunyai karakter yang cukup disenangi dan saya percaya kami semua akan mampu memberikan yang terbaik”, tambahnya lagi.

Sebagai rekod, bagi musim 2022, Terengganu menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua dan layak ke Piala AFC 2023, muncul naib juara Piala FA dan mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram