SPRM Mula Siasatan Terhadap FAM
FAM
FA Malaysia
Advertisements

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa gerakan untuk menjalankan siasatan berkaitan isu membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah pun dimulakan.

Menerusi perkongsian hasil temu bual oleh Berita Harian terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pihaknya menjelaskan mengenai siasatan yang sudah pun berjalan.

Walau bagaimanapun, siasatan tersebut hanya tertumpu kepada satu isu iaitu pembinaan projek National Training Centre (NTC) di Putrajaya.

Advertisements

“Kes ini kita anggap sebagai satu yang membabitkan kepentingan awam. Kita melihat pada maklumat yang diberikan, jadi kita tumpukan kepada satu isu sajalah yang mana melibatkan isu pembinaan projek National Training Centre (NTC).

“Bagi pengetahuan semua, ini adalah dana yang datang sebanyak RM2.5 juta daripada pihak FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa), bukan duit FAM.

Advertisements

Beliau memaklumkan bahawa FIFA telah bersetuju dengan syarikat yang dinyatakan oleh FAM dalam butiran yang dilampirkan.

“Jadi FAM cuma menjalankan perolehan melalui tender dan sebagainya. Bukti sudah dikemukakan kembali kepada FIFA untuk pemilihan yang terakhir. Pihak FIFA sudah bersetuju dengan syarikat yang berkaitan.

Advertisements

“Dua minggu lagi (selepas siasatan) kalau tidak ada kes, kita akan cakap tiada kes, kalau ada kes kita akan cakap ada kes yang menunjukkan kesalahan berlaku.

“Kita akan membawa cadangan untuk pertuduhan dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat KESEDAR, di sini, hari ini.

Advertisements

FAM sebelum ini menjadi perhatian umum susulan penyebadan surat layang dengan pembinaan NTC turut menjadi isu selepas projek itu juga disebut dalam surat berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman menjelaskan pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga siasatan SPRM selesai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram