Spurs Sah Beli Pertahanan Terbaik Serie A Dari Argentina
EPL
Advertisements

Tottenham sah telah menandatangani pemain pertahanan Cristian Romero dari Atalanta selama lima tahun. Sebelum ini, Barcelona juga berminat untuk menandatangani pemain ini akan tetapi dengan masalah yang dihadapi Barcelona sekarang, akhirnya Romero membuat pilihan untuk ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut The Guardian, beliau menjadi pemain kedua termahal untuk Spurs dengan tanda harga bernilai sehingga 55 juta (46.7 juta). 

Romero akan tiba di England untuk saringan kesihatan dan beliau tidak perlu kuarantin kerana beliau sudah di vaksin. 

Advertisements

“Saya sangat gembira memakai baju ini dan datang ke kelab ini,” kata Romero dalam satu kenyataan video. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat untuk semua pesanan. Anda mahu saya di sini dan kini saya di sini ! 

Romero sebelum ini pernah menyertai kelab Juventus dari Genoa pada tahun 2019, akan tetapi beliau kembali ke bekas kelabnya semula secara pinjaman. 

Pada musim berikutnya pula, pemain kelahiran Argentina ini pindah ke Atalanta secara pinjaman dua tahun dengan pilihan pembelian 16 juta untuk kekal di sana. 

Advertisements

Aksi yang mengkagumkan ketika di Atalanta, beliau berjaya membantu pasukan itu untuk menduduki tempat ketiga di Serie A.

Romero dinobatkan sebagai Serie A “Defender of the Year” pada akhir musim kempen 2020-21. 

Pemain berusia 23 tahun itu juga merupakan watak penting di bahagian pertahanan Argentina. Beliau berjaya membantu Argentina menjuarai Copa America, dengan kemenangan penting 1-0 ke atas Brazil ketika perlawanan akhir. 

Advertisements

Romero, yang akan memakai jersi no.4, adalah pemain ketiga dibawah kendalian jurulatih baru Spurs iaitu Nuno Espirito Santo setelah kedatangan penjaga gawang Pierluigi Gollini iaitu bekas rakan sepasukannya di Atalanta, dan pemain sayap Bryan Gil dari Sevilla. 

Tottenham, yang menduduki tempat ketujuh pada musim lalu, akan memulakan kempen Liga Perdana mereka di gelanggang juara Manchester City pada 15 Ogos ini. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram