Sri Pahang Bantu Tingkatkan Nilai Pasaran Manuel Hidalgo
Dunia
Photo: Twitter @YesWeCrann
Advertisements

Pemain sayap lincah berbakat Sri Pahang FC, Manuel Federico Hidalgo kini gah mencipta nama bersama pasukan itu apabila beliau sering dijadikan tunjang utama untuk merencanakan taktikal pasukan.

Pemain berusia 22 tahun itu telah menamatkan kontraknya lebih awal bersama pasukan Sheffield Wednesday akibat pemergian lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona.

Beliau pernah menempa nama selaku pemain muda berpotensi ketika beraksi buat pasukan di Liga Portugal iaitu Benfica pada tahun 2016.

Advertisements

Hidalgo mampu untuk beraksi di beberapa posisi namun dengan susuk tubuh yang agak kecil, beliau kelihatan lebih dominan untuk bermain di bahagian sayap. Kelincahan dan teknik yang dimilikinya sentiasa menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan.

Sungguhpun begitu, perjalanan karier Hidalgo tidak berjalan dengan begitu baik sekaligus menjadikan nilai pasaran beliau semakin menurun.

Nilai pasaran terbaik beliau adalah ketika beraksi buat pasukan US Triestina pada tahun 2019 iaitu sebanyak €75 000 (RM 317 849.00) ketika beliau hanya berusia 20 tahun.

Advertisements

Nasib sememangnya tidak menyebelahi pemain kelahiran Argentina ini apabila nilainya merosot setelah perpindahannya ke Sheffield Wednesday menjadi kenyataan. Susulan tidak dapat bertahan lama di sana, ia juga telah menyebabkan nilai menjadi sekitar €50000 (RM 211 899).

Perjalanan kariernya dilihat sudah mula menemui sinar apabila perpindahan tergempar beliau ke pasukan Sri Pahang FC menjadi kenyataan. Ia merupakan satu berita yang amat mengejutkan semua pihak memandangkan beliau antara ‘wonderkid’ di Eropah memilih Malaysia sebagai destinasi seterusnya.

Kini, nilai pasaran Hidalgo telah meningkat semula ketika aksi konsisten beliau beraksi bersama pasukan Sri Pahang FC sentiasa menjadi bualan ramai.

Advertisements

Nilai pasaran terkini beliau dianggarkan melonjak kepada €75 000 (RM 317 849) seperti yang direkodkan oleh Transfermarkt pada Januari tahun ini.

Ia sekaligus memberi sinar buat pemain muda ini untuk terus memperagakan aksi yang baik bersama pasukan Tok Gajah musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram