Kehilangan Tonggak Utama Sri Pahang ‘Buka Jalan’ Buat JDT Bergelar Juara
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Keresahan yang melanda kem Sri Pahang dalam usaha mereka untuk kekal berada di kancah Liga Super musim hadapan berdepan tugas sukar apabila mereka kehilangan beberapa tonggak utama menjelang pertemuan dengan pasukan JDT pada malam ini.

Menurut laporan Zulhelmi Zainal Azam dan Astro Arena, kem Sri Pahang FC telah melaporakan bahawa sekurang-kurangnya enam hingga lapan pemain utama mereka tidak dapat diturunkan atas beberapa faktor utama sekaligus menjejaskan peluang untuk meraih mata.

Pemain pertahanan import Pahang, Herold Goulon disahkan bakal menjalani penggantungan perlawanan akibat menerima kad kuning ketiga pada perlawanan menentang Kuala Lumpur FC.

Advertisements

Baca: Paralimpik 2020: Brenda Anellia Duduki Tempat Ketujuh

Sambil itu, beberapa orang pemain lain seperti Nor Azam Azih, kapten pasukan, Muslim Ahmad dan juga penyerang import Yakubu Abubakar turut diramalkan bakal terlepas perlawanan pada malam ini atas faktor kecergasan.

Pada perlawanan menentang Kuala Lumpur FC minggu lepas, Sri Pahang terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol ketiga, Muhd Daniel Wafiuddin apabila khidmat dua penjaga gol utama iaitu Helmi Eliza dan juga Zarif Irfan tidak dapat digunakan.

Advertisements

Sri Pahang ketika ini berada di kedudukan ke-10 dalam Liga Super apabila hanya mencatatkan empat kemenangan dalam 18 perlawanan berlangsung.

Sambil itu, pasukan JDT dijangka menurunkan barisan terbaiknya dengan beberapa nama pemain utama seperti Bergson Da Silva, Safiq Rahim, Leandro Velasquez dan Mauricio dijangka beraksi untuk memastikan mereka dengan meraih tiga mata penuh.

Kemenangan pasukan Kendalian Benjamin Mora pada malam ini bakal menjadikan pasukan itu menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-8 berturut-turut dan bakal disambut secara meriah di tempat sendiri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram