Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Kecemerlangan tiga pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini menjadi kunci kepada kemenjadian barisan serangan sekaligus meletakkan pasukan itu dalam kedudukan terbaik untuk menjulang Liga Super buat kali- kelapan berturut-turut.

Pada musim ini, pasukan kendalian Benjamin Mora telah menjaringkan 48 gol secara keseluruhannya selepas 19 perlawanan Liga Super.

Pemain import dari Brazil, Bergson Da Silva menjadi penjaring terbanyak pasukan Harimau Selatan apabila telah meledak 20 gol sekaligus menjadi penjaring kedua terbanyak Liga Super di belakang penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun.

Advertisements

Namun begitu, rekod bantuan gol terbanyak pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris (TMJ) ini digondol oleh 3 pemain tengah tempatan yang menjadi nadi kepada kecemerlangan pasukan dalam saingan domestik.

Jentera tengah JDT sentiasa bertukar wajah disebabkan kualiti yang dimiliki dan peranan yang dimainkan oleh setiap orang menjadikan pasukan ini sukar untuk dicabar.

Afiq Fazail dan Safiq Rahim cemerlang menjadi tunjang utama pasukan apabila masing-masing telah berhasil mencetak 4 bantuan gol setakat ini termasuk dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Advertisements

Afiq menjadi watak penting pada musim ini setelah mendapat kepercayaan untuk mengetuai jentera tengah untuk memberikan bantuan berkualiti buat barisan serangan JDT.

afiq Trio Tengah Johor Darul Ta'zim Catat Rekod Bantuan Gol Terbanyak
Instagram: officialjohor

Malah, Afiq juga memainkan peranan sebagai pemain tengah ‘box-to-box’ . Beliau sering membantu barisan serangan menerusi larian derasnya selain kerap untuk memberi tekanan kepada barisan serangan lawan untuk menggagalkan percubaan mereka.

Selain itu, pemain tengah berpengalaman negara, Safiq Rahim terus menjadi taruhan terbaik oleh pasukan itu. Kualiti, visi dan ketepatan hantaran pemain kelahiran Selangor ini jelas menambah variasi barisan serangan pasukan.

Advertisements

Ketenangan Safiq untuk mengawal bola selain mempunyai kebolehan untuk membaca gerakan rakan sepasukan menjadikan beliau cukup istimewa ketika diletakkan di atas padang.

Instagram: officialjohor

Seorang lagi pemain tengah JDT yang menyerlah pada musim ini ialah bekas ‘wonderkid’ Malaysia iaitu Nazmi Faiz Mansor. Sungguhpun beliau jarang diturunkan, kebolehan yang dimiliki pemain ini nyata menjadi aset penting buat pasukan.

Beliau hanya tampil sebanyak 8 kali dalam Liga Super dan 4 kali dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) namun membuktikan kemampuan untuk menyumbang kepada pasukan.

Advertisements

Setakat ini, ketiga-tiga pemain ini telah berjaya menghasilkan 11 bantuan gol secara keseluruhannya buat JDT. Dengan saingan liga berbaki 3 perlawanan sahaja lagi, aksi konsisten dan kesungguhan JDT pastinya ingin mengekalkan rentak kemenangan sekaligus membawa pulang trofi ke bumi Johor.

Instagram: officialjohor
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram