Sri Pahang Lepaskan Hidalgo
Dunia
officialsripahang
Advertisements

Pemain import Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo tidak akan lagi bersama Sri Pahang FC dalam kancah saingan Liga Malaysia musim hadapan. Biarpun sebelum ini, Dollah Salleh mengakui bahawa khidmat Hidalgo masih ditagih dalam pasukan.

Namun keputusan yang telah dibuat pihak pengurusan Sri Pahang FC adalah muktamad. Dalam satu hantaran di Facebook rasmi Sri Pahang FC, pihak pengurusan Tok Gajah telah mengumumkan seramai 14 pemain tidak akan bersama dalam skuad musim hadapan.

Antara nama-nama yang dilepaskan Tok Gajah ialah Faisal Rosli, Helmi Eliza, Muslim Ahmad, Fazly Mazlan, Zazrir Naim, Ezanie Salleh, Arisazri Juhari, Hazli Rozali dan juga Faizal Rani.

Advertisements

5 pemain import yang turut tidak bersama pasukan Tok Gajah dalam saingan musim hadapan ialah Herold Goulon, Abubakar Yakubu, Kenjok Athiu, Manuel Hidalgo dan Kaung Mann.

Aksi Herold Goulon yang telah bersama Sri Pahang selama tiga tahun pasti akan terus dirindui. Import terbaik, Manuel Hidalgo walaupun beliau masuk pada pertengahan musim, namun impaknya kepada Sri Pahang amatlah besar.

Pasukan Sri Pahang sambil itu menzahirkan ucapan terima kasih dan tetap menghargai segala kudrat para pemain yang pernah berjuang buat Sri Pahang. Sri Pahang juga mengucapkan selamat maju jaya kepada para pemain ini di pasukan baru.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram