Stadium Shah Alam Dijangka Akan Digantikan Dengan Stadium Comel
Dunia
Darul Ehsan Facilities Management
Advertisements

Stadium Shah Alam pastinya akan dikenang sebagai sebuah stadium yang sarat dengan sejarah kemegahan pasukan bola sepak Selangor dalam kancah bola sepak tempatan.

Mampu menampung sehingga 80,300 dalam satu-satu masa membuktikan stadium ini merupakan salah sebuah stadium yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Namun begitu, beberapa kerosakan terutamanya di bahagian bumbung stadium membuatkan ianya tidak selamat untuk digunakan.

Melalui laporan dari Media Mulia, terdapat dakwaan bahawa Stadium Shah Alam akan dirobohkan dan sebagai ganti, sebuah stadium berkapasiti 30,000 hing­ga 40,000 penonton akan dibangunkan.

Advertisements

Tujuan pembinaan stadium baharu yang berkapasiti lebih kecil ini adalah supaya mudah stadium tersebut lebih mudah dijaga dan diselenggara ber­banding Stadium Shah Alam yang umum mengetahui bahawa mempunyai masalah kerosakan fasiliti yang berulang-ulang.

Untuk rekod, Stadium Shah Alam dibuka secara rasmi pada tahun 1994 dan merupakan stadium yang digunakan oleh pasukan bola sepak Selangor ketika menjadi tuan rumah dalam kancah bola sepak tempatan mahupun antarabangsa.

Dengan mempunyai enam tingkat, ianya merupakan stadium terbesar di Selangor. Ia telah menjadi salah satu mercu tanda utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan. Dibina dengan teknologi terbaru, stadium ini popular dalam penganjuran acara sukan bertaraf dunia.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram