Stadium Sultan Ibrahim Bakal Dipamerkan Di Legoland
MakanBola
Johor Southern Tigers

Model Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bakal menjadi bahan pameran terbaru di Legoland.

Ini selepas pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) bekerjasama dengan Legoland Malaysia untuk membina model stadium berkenaan. Hal ini diumumkan pengurusan JDT di platform Johor Southern Tigers.

Sekiranya semua berjalan lancar, model SSI akan dipamerkan di di MINILAND, Legoland, Iskandar Puteri pada penghujung Jun ini.

JDT turut berkesempatan meninjau proses pembinaan model SSI di Legoland baru-baru ini. Rombongan JDT diketuai Ketua Pegawai Operasi (COO) merangkap Pengarah Teknikal pasukan, Alistair Edwards.

Antara pemain yang turut serta dalam lawatan itu ialah Matthew Davies, Mohamadou Sumareh, Park Jun-heong, La’Vere Corbin Ong dan Teto Martin,

Tambahan terbaharu di MINILAND ini akan menjadikan ia salah satu mercu tanda sukan di Johor sekaligus menambah pengalaman menarik buat penyokong dan keluarga.

Kolaborasi JDT dan Legoland juga akan memperkenalkan beberapa siri pengalaman yang memfokuskan pengalaman penyokong. Ini termasuk pas bermusim edisi khas yang akan diperkenalkan.