Stadium Sultan Ibrahim Catat Rekod Jumlah Kehadiran Tertinggi
Dunia
Alif Syazani / MakanBola
Advertisements

Perlawanan Liga Super Malaysia melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor menyaksikan jumlah kehadiran penyokong terbanyak sejak stadium ikonik JDT tersebut dibuka kepada umum pada 22 Februari 2020.

Selain jumlah kehadiran semasa majlis pembukaan, jumlah kehadiran perlawanan JDT – Selangor merupakan yang tertinggi sekaligus memberikan petanda positif buat Harimau Selatan dalam kempen Liga Super musim ini.

Seramai 30,142 penyokong hadir ke Stadium Sultan Ibrahim sekaligus menjadi rekod jumlah kehadiran penonton tertinggi untuk perlawanan bola sepak di stadium berkenaan.

Advertisements

Dalam perlawanan tersebut, tuan rumah mudah menewaskan Selangor 5-1 menerusi jaringan Bergson da Silva (2 gol), Fernando Forestieri, Leandro Velazquez dan Mohamadou Sumareh. Jaringan seguhati Selangor dihasilkan oleh Nor Hakim Hassan.

Kemenangan bergaya JDT ke atas Selangor turut menjadi hadiah hari lahir terbaik buat Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora yang menyambut hari lahirnya yang ke-43 hari ini (25 Jun 2022).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram