Stadium Sultan Ibrahim Paling Awal Gunakan Rumput Asli Di Malaysia
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Stadium Sultan Ibrahim (SSI) merupakan stadium pertama di Malaysia yang menggunakan jenis rumput asli.

Stadium tersebut terkenal dengan kemegahan seni binanya selain kecanggihan fasiliti yang dimiliki menyebabkan ia sering diangkat di seantero dunia.

Gelanggang rasmi skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) ini telah menyaksikan pelbagai kejuaraan yang berjaya digondol oleh Harimau Selatan dan menjadi kemegahan Malaysia.

Advertisements

Malah, umum mengetahui bahawa SSI menggunakan rumput jeni Zeon Zoysia sekaligus menjadikan satu penanda aras yang cukup tinggi buat industri bola sepak tempatan.

Usaha ini juga telah pun memberi inspirasi kepada pasukan lain untuk mencontohi tindakan bagi menaik taraf kualiti rumput di stadium mereka.

Zoysia merupakan jenis rumput musim panas yang berasal dari Asia dan biasa digunakan untuk padang golf dan padang bola sepak kerana saiz dan permukaannya yang lembut.

Advertisements

Antara faedahnya adalah rumput jenis ini mampu menahan panas selain keperluan air dan penyelenggaraan yang rendah.

Ketika ini, Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi difahamkan akan dinaik taraf dengan menggunakan jenis rumput yang sama.

Malah, menerusi beberapa sumber yang kami terima, terdapat 1-2 stadium yang berpangkalan di Pantai Timur dalam fasa untuk menukar rumput di stadium mereka juga.

Advertisements

Usaha ini dilihat bakal membantu merancakkan lagi saingan liga seterusnya membentuk pasukan kebangsaan yang lebih baik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram