Stadium Sultan Muhammad IV Kembali Meriah
MakanBola
Kelantan Red Warrior FC

Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) kembali meriah dengan kehadiran penyokong.

Ini berdasarkan video yang dikongsikan pasukan Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) ketika menentang pasukan senegeri, Kelantan WTS FC pada 8 Mei lalu.

Video tersebut menunjukkan ramai penyokong bukan saja beratur untuk mendapatkan tiket perlawanan. Malah, kawasan persekitaran SSMIV turut meriah dengan pelbagai aktiviti termasuk perniagaan.

Hal ini turut dibantu dengan kesungguhan pengurusan Kelantan RW untuk menarik lebih ramai penyokong hadir ke SSMIV.

Ini termasuk menawarkan pakej Founder bagi menarik pemilik-pemilik entiti perniagaan untuk menambah kehadiran penyokong sebelum tamat musim 2025/26.

Ini terbukti dengan kehadiran 3,512 orang di SSMIV untuk aksi Kelantan RW menentang Kelantan WTS. 1,557 pula menyaksikan perlawanan itu menerusi platform bayar untuk setiap tontonan (PPV).

Kelantan RW mengatasi Kelantan WTS 2-0 dalam aksi berkenaan. Keputusan ini menyaksikan pasukan Pantai Timur itu mengutip 50 mata, satu mata di belakang Kedah FA yang menduduki tangga ketiga Liga A1.