Dunia
AseanFootball / Visakha FC
Advertisements

Stadium bola sepak Visakha yang dimiliki oleh kelab Liga Perdana Kemboja, Visakha FC sedia memberikan pengalaman terbaik buat negara bertanding untuk Kejohanan Piala AFF Bawah 23 Tahun yang bakal diadakan di Kemboja.

Stadium yang sebelum ini mampu memuatkan 7000 penonton ini selesai dinaik taraf dan kini mampu menampung lebih 10,000 penonton dalam satu-satu masa.

Dengan pemandangan indah dari dalam dan luar padang, pencapaian untuk negara Kemboja dalam menaik taraf fasiliti bola sepak ini wajar diberikan pujian dan perhatian oleh kelab bertanding dari Malaysia.

Advertisements
visakha stadium 2022 aseanfootball Stadium Visakha Sedia Hidangkan Pengalaman Terbaik Untuk Piala AFF B-23
AseanFootball / Visakha FC

Selain Stadium Visakha (dulunya dikenali sebagai Stadium Prince), Stadium Nasional Morodok Techo turut menjadi vanue rasmi kejohanan kali ini.

AseanFootball / Visakha FC

Pasukan Malaysia yang diundi bersama Indonesia, Myanmar dan Laos dalam kumpulan B bakal beraksi di Stadium Visakha dan Stadium Nasional Morodok Techo.

Stadium Visakha sebelum ini dinaik taraf secara berperingkat dengan penggantian rumput baru yang lebih berkualiti tinggi selain menaiktaraf kerusi dan fasiliti stadium.

Advertisements
AseanFootball / Visakha FC
AseanFootball / Visakha FC

Kejohanan dwi-tahunan ini akan bermula pada Isnin, 14 Februari 2022 dan berakhir pada Sabtu, 26 Februari 2022 dan Malaysia bakal bertemu Myanmar pada 15 Februari 2022 jam 4 petang waktu Malaysia di Stadium Visakha.

Perlawanan melibatkan Visakha FC bertemu Boeung Ket FC di Stadium Visakha.

Kejohanan AFF B-23 (Pasukan bertanding)

Kumpulan A: Kemboja, Timor Leste, Filipina, Brunei
Kumpulan B: Indonesia, Malaysia, Myanmar, Laos
Kumpulan C: Thailand, Vietnam, Singapura

Advertisements

Perlawanan akhir bakal diadakan di Stadium Nasional Morodok Techo manakala perlawanan Malaysia bertemu Myanmar dan Laos diadakan di Stadium Visakha.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram